Teruskan hidup

 Sejak akhir-akhir ni, aku selalu tanya pada diri sendiri.

"Macam mana nak teruskan hidup?"

Soalan yang berulang kali disoal pada diri sendiri.

Dan aku akan menjawab "InsyaAllah, kau akan jumpa jawapan"

Atau kalau waktu aku malas melayan, aku akan menempelak diri sendiri "teruskan je la hidup ni!"

It is just so random. But frequently occur on my mind.

Aku memang suka bercakap dengan diri sendiri. Suka berbual dengan diri sendiri. Sebab setiap hari aku ada meeting dengan otak aku. Dan dijemput juga pihak hati, perasaan dan seluruh anggota badan yang lain. Kadang-kadang sampai tangan-tangan mainkan peranan.

Dan adik aku perasan. Dan dia kata "angah, kau cakap apa, jangan la cakap sorang-sorang, takut lah", sambil tergelak kecil.

Dan aku tidak perasan aku buat depan adik aku jugak😂

Tapi pakar kata bagus meeting dengan otak ni. Ada kelebihan dia (which is aku rasa boleh tajamkan otak kot) tak ingat dah.

Well, get back to the tittle,

Kenapa aku rasa macam susah nak teruskan hidup?

Sebab kadang-kadang aku nampak cabaran yang bakal aku hadapi. Which is aku sendiri tak pasti apa cabaran tu. Tapi cabaran tu ada. haa. complicated kan. Ada tapi tak de.

Tapi ini berkenaan dengan realiti. Contoh kos sara hidup, macam mana aku nak survive in future. Kalau mak ayah aku dah tak de, macam mana aku nak teruskan hidup? macam mana dengan pengurusan tanah pusaka? apa hutang yang perlu dibayar dan sebagainya..

Sejujurnya, aku perasan yang skill aku makin menurun. Aku dan jadi kurang cerdik sejak dah membesar ni. Nak faham dan ingat sesuatu tu ambil masa yang lama. Kadang-kadang orang lain terpaksa terangkan banyak kali baru aku faham. Dan kadang-kadang (selalu juga la), aku selalu salah faham apa yang orang sampaikan.

Nak kira matematik? lagi la. Bukan melibatkan formula pun, just basic tambah tolak je, pun tak boleh nak mengagak.

Skill komunikasi aku pun makin teruk. Tak boleh nak respons secara spontan.

Contoh: masa beraya di rumah saudara, sepupu aku tanya bila lagi? aku cakap, "insyaAllah, doakan yang terbaik". Aku ingatkan dah terlepas...then dia tanya lagi "dah ada ke belum" boom. Kau terkena. aku tak expect soalan tu. Ingatkan sampai di situ sahaja. Aku terdiam. Dalam otak aku berperang, kalau aku jawab ada, nanti nampak menipu plak, kalau ada tak kahwin2 lagi kenapa. Kalau aku jawab tak de nampak sangat kesian and tak laku. Last-last aku terdiam...dan keadaan menjadi janggal sebab aku tak boleh jawab dengan santai.

Aku ni lack of sense humour la. Kenapa mesti nak jadi nerd. Tak payah ikut skema la.

Oh ya, kenapa aku suka ikut skema, sebab aku dah dilatih begitu sejak kecil. Bila? Kat sekolah. Nak jawab kertas soalan, kenapa ikut skema. Kalau lari sikit, dikira gagal. Jawab kena ikut soalan. Apa yang dia minta kenapa jawab ikut soalan.

Kalau soalah 'adakah', kena jawab Ya atau Tidak.

Jadi situasi aku tadi sama. "Adakah awak sudah berpunya?"

Jadi otak aku akan auto nak jawab ada atau tidak😂Tak boleh nak spin dah sebab tak pandai.

Itulah kesannya terlalu pandai dalam akademik. 

Salah aku ke? Aku dah buat yang terbaik masa sekolah. Semua all out. Aku tak bermain, dari pagi sampai malam kalau bukan sekolah, tuisyen. 

Padat betul jadual aku sejak kanak-kanak.

Waktu sekolah rendah, memang aku tak de masa langsung nak siapkan kerja sekolah apatah lagi kerja tuisyen. Dan aku rasa itu bukan salah aku. Tuisyen habis pukul 10-11 malam, dan semestinya selepas itu aku penat dan nak tidur. Masa kecil mana kita mampu nak berjaga malam. Esok pagi-pagi pukul 5 dan kena bangun. sebab mak aku cikgu, dan dia nak sampai awal ke sekolah. 

Walaupun aku sampai awal ke sekolah, mana la sempat nak siapkan semua subjek, Dan aku pengawas, ada kerja tambahan lain pula. Kadang-kadang kena kemas bilik darjah sebelum kelas berlangsung.

Ingat lagi, masa sesi subjek bahasa melayu. Aku tak siap kerja sekolah. Kerja sekolah apa? bina ayat berdasarkan perkataan yang diberi. Bukan 1-2 perkataan ya. bukan 5..tapi aku boleh cakap lebih daripada 10 perkataan. Sebab walaupun aku dah buat kerja sekolah tu, tapi tak boleh juga nak siap-siap.

Jadi banyak la lompong sana sini. Dan bila cikgu tanya kenapa tak siap? Aku dengan yakin cakap 'tak sempat, cikgu'. dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Dan alhamdulillah, cikgu tak marah. Dia terdiam lepas aku bagi alasan. Cikgu tu sangat baik. Tapi ada sisi garang juga la.

Bila dah tulis panjang-panjang ni, aku rasa aku dah jumpa jawapan kepada soalan di atas.

Aku akan teruskan sahaja hidup. Aku dah hadapi banyak cabaran, masalah, dugaan, ketidakpastiaan, dan sebagai seorang kanak-kanak, itulah ujian terbesar untuk kita pada waktu itu. Bila kita dah besar, kita tengok balik kebelakang, alahai, kecil sangat cabaran aku dulu. Sekarang lagi besar. Tapi kita tak perasan. Cabaran ini adalah bersesuaian dengan umur dan keupayaan kita sekarang. Dan cabaran ini yang akan melatih kita untuk menjadi semakin matang. Keupayaan kita akan dinaik taraf. Dan percayalah, bila dah naik usia lagi, kita akan fikir semula, macam mana aku boleh hadapi ujian yang besar tu ya, dan sekarang aku masih boleh teruskan hidup. Sedangkan pada waktu itu aku rasa nak mati dah. Tapi sekarang macam hal itu tak pernah berlaku dah.

MasyaAllah, hebat ciptaan Allah yang bernama manusia ini. Otak yang diberikan, emosi yang dikurniakan, keupayaan yang dibekalkan, tiada tandingan. 

Jangan risau, kesusahan  ini sementara. Aku teruskan bertanya soalan ini pada diri sendiri. Dan setiap hari aku semakin jumpa jawapannya....


Comments